Sukan Renang Mahu Sumbang Utama Pingat

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 5:20 PM

Seramai 93 atlet renang dijangka beraksi pada temasya Sukan SEA ke-29 KL2017. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

GURUN: Sukan renang mahu menjadi penyumbang utama pingat dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), sebagai menyahut saranan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang meletakkan sasaran pungutan 111 pingat emas.

Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, terdapat 13 acara yang akan disertai termasuklah renang, renang terbuka, renang berirama, terjun dan polo air.

"Kami meletakkan matlamat rendah iaitu sekurang-kurangnya empat pingat emas, namun kami mungkin dapat lebih daripada itu, kita akan bincang dengan persatuan dari semasa ke semasa.

"Sebagai sokongan kepada sasaran 111 pingat emas yang dinyatakan Khairy Jamaluddin, kami akan berusaha dan berlumba-lumba untuk menjadi penyumbang utama kepada pingat Sukan SEA untuk Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai 2017 di Dewan Sri Zaleha, di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, seramai 93 atlet renang dijangka beraksi pada temasya Sukan SEA ke-29 KL2017 yang bakal berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: renang , KL2017

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan