Dayang Luah Perasaan

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 11:22 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Dayang Nurfaizah Awang Dowty tidak merasakan dirinya seorang penyanyi tetapi seorang rakyat yang bangkit bersama menyokong atlet negara sempena Sukan SEA (KL2017).

Penyanyi Balada terkenal negara ini dipilih membawa lagu tema utama KL2017 bertajuk 'Bangkit Bersama' hasil gubahan komposer Datuk Ramli MS.

Menurut Dayang, lagu yang dinyanyikan ini amat istimewa dan berlainan dengan emosi yang dinyanyikan sebelum ini.

"Apa yang istimewanya lirik lagu ini dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri. Dayang boleh rasainya semangat bersatu hati ketika membawa lagu ini.

"Pada mulanya Dayang risau jika tidak dapat membawa lagu ini dengan baik tetapi selepas berlatih, berbincang baris demi baris mengenai lirik itu serta mendapat bimbingan daripada Tok Ram (Ramli), Dayang boleh merasainya semangatnya.

"Malah ketika rakaman juga tidak mengambil masa yang lama kerana ketika berada di studio Dayang rasakan ramai yang menyanyi bersama walaupun hanya Dayang seorang sahaja.

"Itulah emosi semangat yang Dayang dapat rasakan," jelasnya ketika ditemui mStar Online.

Jelas Dayang peluang ini dianggap sekali seumur hidup buatnya dan mahu menjadikan sejarah diri sendiri untuk tempoh 10 atau 20 akan datang.

"Dayang ambil peluang ini 100 peratus, tidak buat sambil lewa kerana semua orang tahu sukan dapat menyatukan  masyarakat.

"Dayang teruja kerana dapat membawa rakyat Malaysia bangkit bersama menyokong atlet-atlet negara kita. Dayang harap kita akan dapat banyak pingat emas sebab tahu atlet kita adalah yang terbaik," ujarnya.

Dalam pada itu Dayang mengakui dia suka menonton acara gimrama.

"Tetapi acara sukan yang membuatkan Dayang tidak senang duduk bila melihat olahraga. Rasa semangat dia lain macam. Geram tengok di hujung-hujung garisan penamat itu," jelasnya teruja dan mengakui akan ke stadium jika berkesempatan.

Untuk rekod, Bangkit Bersama merupakan lagu ketiga tema temasya ini selepasn lagu 'Tunjuk Belang nanyian monoloque Azlan dan Malique serta 'So Many Hands' oleh Mia Palencia untuk iklan rasmi KL2017.

KL2017 bakal berlangsung pada 19-30 Ogos ini dengan menyaksikan lebih 6,000 atlet mengambil bahagian bertanding di 44 lokasi di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Langkawi.


Tags / Kata Kunci: KL2017 , Dayang Nurfaizah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan