England, Rusia Disingkir Jika Penyokong Terus Bergaduh

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN England dan Rusia akan disingkirkan daripada Kejohanan Eropah (Euro) 2016 sekiranya insiden keganasan penyokong seperti yang berlaku pada perlawanan pembukaan Kumpulan B di Marseille berterusan.

Perlawanan England-Rusia yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 dicemari dengan pergaduhan penyokong kedua-dua pasukan sebelum dan selepas permainan.

Kekecohan itu menyebabkan beberapa penyokong mengalami kecederaan, termasuk seorang dari England yang kini berada di hospital dalam keadaan kritikal.

Malah pergaduhan berdarah yang dilihat serius itu memaksa badan induk bola sepak Eropah memberi amaran keras untuk menyingkirkan kedua-dua pasukan itu sekiranya kelakuan ganas para penyokong terus berlaku.




Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berkata, mereka "tidak teragak-agak mengenakan sekatan  tambahan kepada Persatuan Bola Sepak England (FA) dan Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) termasuk potensi disingkirkan...jika keganasan seperti itu berlaku lagi.”

Penyokong-penyokong Rusia didakwa  menimbulkan ‘gangguan berkumpulan’, berkelakuan rasis dan membakar bunga api pada Ahad.

Manakala England juga diberi amaran keras bertulis dan turut mengingatkan FA agar bertanggungjawab memantau kelakuan penyokong-penyokong mereka yang berada di Perancis sepanjang Euro berlangsung.

Tags / Kata Kunci: Euro2016 , England Rusia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan