suria

Ronaldo gagal tahan marah dengar nama Messi disebut, buat isyarat tangan untuk peminat Al Shahab

Ronaldo membuat isyarat tangan ketika menentang Al Shahab, Ahad.

CRISTIANO Ronaldo berasa tercabar apabila nama pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi disebut di padang.

Ronaldo seolah-olah mengalami 'alahan' mendengar nama pemain yang menjadi musuhnya dalam arena bola sepak sehingga tidak dapat mengawal perasaan marahnya.

Berdasarkan gerak tubuhnya, dia kelihatan bengang apabila peminat Al Shahab menyebut 'Messi' lantas membuat isyarat tangan kepada penonton dari atas padang.

Ronaldo bertindak sedemiikian dalam aksi Liga Pro Saudi menentang menentang Al Shahab di Stadium Al Shahab, yang mana pasukannya Riyadh Al-Nassr FC menang 3-2.

Bekas penyerang Real Madrid ini menjaringkan gol dalam semua perlawanan bersama Al-Nassr pada 2024 tetapi pasukannya masih berada di belakang Al Hilal yang mendahului dengan empat mata. -Marca

Artikel Lain