suria

Kisah hidup, kerjaya diabadikan untuk tatapan peminat... Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula terima pengunjung

Patung lilin Ronaldo antara tarikan di muzium berkenaan.

MUZIUM Cristiano Ronaldo di Riyadh, Arab Saudi mula menerima pengunjung bagi menyelusuri perjalanan kehidupan bintang bola sepak kelab Al-Nassr itu.

Muzium tersebut mempamerkan patung lilin Ronaldo yang memakai jersi Al-Nassr, barang kegemaran dan piala paling berharga milik pemain antarabangsa dari Portugal itu.

Menurut Time Out Riyadh, muzium itu diilhamkan oleh kisah hidup dan kerjaya bintang berkenaan.

Daripada anugerah berprestij Ballon d'Or hingga Piala Liga Juara-Juara, pengunjung dapat secara langsung melihat pelbagai anugerah yang pernah diterima Ronaldo.

Menariknya, muzium itu juga dilengkapi kawasan interaktif dan permainan yang memenuhi cita rasa kanak-kanak dan golongan dewasa.

Sekadar maklumat tambahan, Ronaldo menerima bayaran €200 juta (RM1.07 bilion) setahun oleh kelab Liga Pro Saudi itu, dan bonus sekitar €100 juta (RM535.45 juta) selepas menandatangani kontrak sehingga Jun 2025. -Sportbrief

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain