suria

Dicabul ketika tonton Super Bowl, teman wanita pemain tenis alami serangan panik

Riddle mendakwa dirinya dicabul ketika berada di stadium.

TEMAN wanita kepada bintang tenis Amerika Syarikat Taylor Fritz mendedahkan dia "diraba" dan "diganggu" oleh peminat lelaki ketika menonton Super Bowl LVIII di Las Vegas pada Isnin.

Menurut Morgan Riddle, dia mengalami serangan panik di dalam tandas selepas menjadi mangsa gangguan seksual beberapa lelaki mabuk di stadium berkenaan.

"Saya telah dicengkam, diraba, diganggu. Gangguan ini boleh dikatakan berlaku setiap masa ketika berada di khalayak ramai. Ia benar-benar teruk pada permainan hari ini.

"Sukar untuk saya berseronok untuk menonton perlawanan tanpa diganggu lelaki mabuk, biadab dan pengotor. Ia memberi tekanan dan sangat menakutkan," ujarnya menerusi Instagram.

Riddle turut berkongsi foto memaparkan dirinya dalam persalinan jenama Louis Vuitton ketika menonton Super Bowl.

Untuk rekod, Riddle bercinta dengan Frtiz sejak empat tahun lalu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain