suria

Nantes perkenal kit khas sempena memperingati setahun kematian Sala

Sala terus diingati di Nantes.

NANTES bakal memakai kit istimewa pada aksi hujung minggu ini sempena memperingati kematian Emiliano Sala yang genap setahun pada 21 Januari.

Sala yang merupakan bekas pemain Nantes terkorban dalam nahas pesawat bersama juruterbang David Ibbotson tahun lalu ketika dalam pernerbangan ke kelab baharunya, Cardiff City.

Bagaimanapun insiden yang berlaku di Selat Inggeris itu hanya menemui mayat Sala sahaja, manakala sehingga kini juruterbangnya itu gagal dijumpai.

Nantes mengesahkan akan memakai kit terbaharunya itu sebagai tanda memperingati bekas penyerangnya ketika aksi bertemu Bordeaux yang merupakan kelab pertama Sala di Perancis.

Sala terus diingati oleh penyokong-penyokong setia Nantes.

Hasil keuntungan penjualan kit terbaharu ini akan disalurkan kepada kelab-kelab Argentina yang pernah disertai Sala ketika dia remaja.

"Kerana dia mengimpikan untuk memakai jersi kebangsaan Argentina, pemain-pemain Nantes akan menggantikan set tradisi kuning dan hijau kepada kit biru dan putih.

"Semua hasil jualan jersi-jersi ini akan dibahagikan kepada dua kelab Argentina yang pernah disertai Emiliano  sebagai tanda penghormatan kepadanya.

Nantes umum mengenai kit khas yang akan dipakai Ahad ini di Twitter rasminya.

"Nantes juga mendedahkan  beberapa perkara akan dilakukan pada Ahad ini sebagai peringatan kepada Sala termasuk tepukan penghargaan dan 'tifo gergasi'. - onefootball

Nantes, Emiliano Sala

Artikel Lain