suria

Penyokong United mahu Cavani di Old Trafford

Cavani mahu mencuba angin baharu.

PENYOKONG-penyokong Manchester United mula bersuara agar kelab itu cepat bertindak membeli Edinson Cavani.

Cavani dilaporkan telah memohon untuk meninggalkan kelab Paris Saint-Germain (PSG).

Penyerang antarabangsa Uruguay berusia 32 tahun  itu telah merakam 198 gol dalam 292 penampilan bersama PSG sejak 2013 selepas berpindah dari Napoli.

Cavani dikatakan mahu bertukar angin mencari cabaran baharu.

Difahamkan United telah membuat tawaran kepada Cavani bulan ini berikutan pengurus Ole Gunnar Solskjaer sedang mencari penyerang baharu sebelum tarikh tutup perpindahan pemain.

Ia mengukuhkan lagi kehendak Solskjaer apabila pemainnya Marcus Rasford terpaksa diketepikan kerana kecederaan.

Cavani turut diintai dua lagi kelab gergasi, Atletico Madrid dan Spurs.

Pengurus PSG, Thomas Tuchel sebelum ini memberitahu dia belum pasti sama ada Cavani akan terus bersama mereka atau tidak selepas ini.

"Saya tidak pasti sama ada Edinson Cavani akan berada di sini pada Fabruari ini," katanya ringkas.

Manakala pengarah kelab, Leonardo mengesahkan Cavani telah memohon perpindahan.

"Kami sentiasa mnemberitahu perkara yang sama. Kami bergarap dia akan kekal dengan kelab, tetapi hari ini (Ahad) dia mohon untuk tinggalkan kelab," katanya. - metro.co.uk

Artikel Berikut

Artikel Lain