Adiq Kutip Lima Mata Peringkat Ketujuh

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAMPIN: Selepas enam peringkat melakukan percubaan, akhirnya Mohd Adiq Hussainie Othman yang beraksi bersama pasukan benua dari Australia, Drapac Professional Team (DPC) berjaya mengutip lima mata pada perlumbaan peringkat ketujuh Le Tour De Langkawi (LTdL) dari Banting ke Tampin, Sabtu.

Biarpun hanya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-90 pada saingan sejauh 149.5 kilometer (km) ini, namun Adiq berasa gembira kerana berjaya menduduki tempat kedua di zon pendakian (KOM-Bukit Pelanduk 63m) dan (KOM-Linggi 50m) sekali gus mengumpul empat mata dan turut mengutip satu mata di zon pecut (Chembong).

"Saya gembira kerana perlumbaan hari ini berjalan seperti yang dirancangkan dan saya turut melakukan pemecahan pada awal perlumbaan walaupun dapat dikejar oleh kelompok besar pada 5 kilometer terakhir.

"Lima mata yang dikutip hari ini sangat penting kerana ia mampu membantu kedudukan pasukan saya secara keseluruhan. Saya semakin mendapat rentak kayuhan dan turut berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu sepanjang perlumbaan ini," katanya ketika ditemui selepas tamat perlumbaan.

Pelumba kelahiran Terengganu ini berkata, masih ada tiga lagi peringkat ketinggalan dan sememangnya Adiq akan memberi fokus untuk membuat catatan masa terbaik.

"Dalam tiga peringkat terakhir ini saya akan cuba mencari mata serta melakukan catatan masa terbaik setiap perlumbaan bagi memastikan pasukan saya mampu berada dalam kelompok terbaik keseluruhan.

"Bagi perlumbaan peringkat kelapan (Ahad), saya jangkakan akan melakukan kayuhan seperti hari ini walaupun ia merupakan jarak paling jauh dalam perlumbaan tahun ini," katanya.

Perlumbaan peringkat kelapan LTdL akan bermula di Kuala Pilah ke Jasin dengan jarak 156.5km.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan