suria

300 Sudah Sahkan Penyertaan Dalam Century Ride Kelab Roadrunners Ipoh

IPOH: Kira-kira 300 peminat acara sukan berbasikal sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam perlumbaan Century Ride 2010 anjuran Kelab Roadrunners Ipoh (KRI) pada 1 Ogos ini.

Presiden KRI Chong Him Shoong berkata selain pelumba tempatan, pihaknya turut menerima permohonan penyertaan dari pelumba luar negara seperti Singapura, Thailand dan Taiwan.

Beliau berkata perlumbaan siri keempat sejauh 160km itu membabitkan laluan dari dari Chemor melalui Sungai Siput, Kuala Kangsar, Manong, dan Sayong, sebelum tamat di Chemor.

Katanya perlumbaan itu dibahagikan kepada kategori lelaki terbuka 18 tahun ke atas, lelaki veteran 40 hingga 49 tahun, dan lelaki 50 tahun ke atas, serta terbuka wanita 18 tahun ke atas.

"Setiap peserta dikenakan bayaran RM150 dan tarikh tutup adalah pada 18 Julai ini," katanya dalam satu persidangan akhbar di sini hari ini.

Chong berkata pihaknya mensasarkan 600 pelumba akan mengambil bahagian dalam acara kali ini.

Orang ramai yang berminat menyertai acara ini boleh mendapatkan maklumat serta borang penyertaan yang boleh dimuat turun melalui laman web www.centuryridemalaysia.blogspot.com. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain