suria

'Big Four ' Sasaran Hodgson

Gerrard tersenarai dalam rancangan Hodgson musim depan.
Gerrard tersenarai dalam rancangan Hodgson musim depan.
Gerrard tersenarai dalam rancangan Hodgson musim depan.

ROY Hodgson meletakkan sasaran untuk mengemudi Liverpool beraksi pada saingan Liga Juara-juara Eropah selepas diumumkan selaku pengurus baru kelab itu.

Hodgson menandatangani kontrak selama tiga tahun di Anfield dengan harapan untuk membawa semula Liverpool dalam kelompok 'Big Four' Liga Perdana Inggeris.

"Liverpool adalah kelab besar dan penuh dengan tradisi. Saya mahu memperbaiki kedudukan mereka berbanding musim lalu dan kembali merampas tempat di kejuaraan Eropah," katanya.

Hodgson membantu Fulham mara ke pusingan final Liga Europa musim lalu dan merasakan sudah tiba masanya untuk dia menyertai salah sebuah kelab terkemuka di Britain.

"Ia masa yang tepat untuk meningkatkan karier saya pada ketika ini. Saya berada di sini kerana merit. Mereka sudah menilai prestasi kerja saya sebelum menawarkan jawatan itu," jelasnya.

Antara tugasan pertama yang dilakukan Hodgson semalam adalah bertemu Steven Gerrard dan Jamie caragher.

"Mereka adalah dua tonggak utama untuk perancangan masa depan kelab. Saya perlu mengetahui apa yang mereka rasakan dan berbincang mengenai perkara umum," tambahnya.

Artikel Sebelum

Van Persie Dibawa Ke Hospital

Artikel Berikut

Artikel Lain