tiga Atlet Tinju Sukma Terengganu Digugur Kerana Masalah Disiplin

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Skuad tinju Terengganu menghadapi ujian awal sebelum berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka bulan depan apabila terpaksa mengugurkan tiga atletnya kerana masalah disiplin.

Setiausaha Persatuan Tinju Amatur Terengganu (PTAT) Razali Mamat berkata keputusan menggugurkan tiga atlet tersebut terpaksa dilakukan walaupun sukar untuk diterima dalam saat-saat akhir menjelang temasya itu.

Antara sebab atlet itu digugurkan ialah kerana ponteng latihan, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Beliau tidak mendedahkan nama tiga atlet yang digugurkan itu.

Beliau berkata kini skuad tinju Terengganu bergantung kepada enam lagi atlet dalam usaha mengejar dua pingat emas yang disasarkan pada Sukma kali ini.

Tiga daripada enam atlet berkenaan iaitu Mohd Hassan Salman Zakaria kategori 48kg, Wan Mohd Redzuan Wan Aziz (54kg) dan Mohd Farid Zahari (57kg) kini menjalani latihan di Pusat Latihan Tinju Kebangsaan Thailand, di Korat.

Sementara tiga lagi iaitu Mohd Hishamuddin Zahari (45kg), Tengku Nasaruddin Tengku Yeng (69kg) dan Wan Abdullah Wan Mohammad (60kg) menjalani latihan di Negeri Sembilan kerana terikat dengan jadual persekolahan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan