suria

Nicol, Beng Hee Mara Ke Separuh Akhir Skuasy Terbuka Chennai

KUALA LUMPUR: Juara dunia, Nicol David mengalahkan pemain pilihan kelapan, Samantha Tean dari Mexico dengan keputusan 11-9, 11-5 dan 12-10 untuk mara ke separuh akhir skuasy Terbuka Chennai.

Seterusnya, Nicol akan berdepan dengan Kasey Brown dari Australia, pemain pilihan ketujuh dalam kejohanan ini yang juga pemain kesepuluh terbaik dunia.

Sementara itu, bagi kategori lelaki, pemain pilihan pertama, Ong Beng Hee menempah tiket ke separuh akhir selepas menewaskan Yann Perrir dari Perancis, 11-5, 11-8 dan 11-8.

Menanti Beng Hee di separuh akhir ialah pemain dari Mesir, Ali Anwar Reda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain