suria

Akademi boling padang pertama akan dibina

KUALA LUMPUR: Penubuhan akademi boling padang pertama negara akan menjadi realiti tidak lama lagi apabila Persekutuan Lawn Bowls Asia membuka tender bagi pembinaan bangunan akademi tersebut.

Setiausaha Agung Persatuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) Ramble Dallan RiceOxley berkata pelan bagi akademi itu telah ditetapkan dan kini pihaknya mencari kontraktor untuk memulakan kerja pembinaan.

"Bagunan akademi yang akan dibina bersebelahan dengan pusat boling padang tertutup bayu emas itu akan menempatkan 100 orang pelajar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata akademi itu bukan hanya untuk atlet tempatan tetapi juga luar negara khususnya dari negara-negara Asia. Sementara itu dalam perkembagan lain, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid kekal sebagai presiden PLBM apabila menang tanpa bertanding.

Daripada pengundian yang dibuat pada mesyuarat agung PLBM semalam tempat Roslan Affendi sebagai ahli majlis PLBM diganti oleh Zakaria Ahmad manakala lain-lain tempat dalam persatuan tidak berubah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain