suria

Lelaki serang Kamal Adli di Singapura kena penjara 2 tahun

Penyerang Kamal dihukum penjara selama dua tahun lebih.

MAHKAMAH Singapura menjatuhi hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu terhadap lelaki yang menyerang pelakon Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac 2023.

Tertuduh Muhammad Nabil Rashid, 34, mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap individu lain pada Januari lalu.

Nabil yang merupakan warga Singapura mengaku dia melakukan kesalahan itu kerana beranggapan pelakon itu atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, mencabul saudara wanitanya.

kamal adli 2

Beberapa foto selepas Kamal menerima rawatan pada hari kejadian dia diserang.

Sebelum ini, Nabil direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi menjalani penilaian psikiatri.

Pada 12 Mac 2023, Kamal diserang individu tidak dikenali menggunakan cota ketika menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang diadakan di Singapura Expo, Singapura.

Dalam kejadian itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia hayun berkali-kali di belakang kepala” - Uqasha Senrose cerita detik cemas Kamal Adli dipukul, pelaku dakwa dihantar pihak lain

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek pukul Kamal Adli tak dibenar diikat jamin, mahkamah buat keputusan selepas buat penilaian psikiatrik

Pada 14 Mac 2023, suspek didakwa di mahkamah Singapura atas pertuduhan terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan dan mana-mana gabungan hukuman itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain