suria

Jenazah Ashraf Sinclair akan dikebumikan di San Diego Hill selepas Asar

Jenazah Ashraf bakal dikebumikan selepas Asar.

JENAZAH Allahyarham Ashraf Sinclair akan dikebumikan di San Diego Hill, Karawang Jawa Barat, Indonesia.

Perkara itu diberitahu menerusi papan pengumuman yang terletak di depan rumah duka di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah duka Ashraf Sinclair dinaikkan bendera kuning, belum putuskan lokasi pengebumian

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap kali dapat rezeki, dia pasti datang sedekah kepada kami” - Ashraf Sinclair penderma tetap rumah anak yatim

"Telah pulang ke rahmatullah, Ashraf Daniel Mohamad Sinclair pada hari Selasa, 18 Februari.

Perkarangan rumah duka dihadiri jiran dan media tempatan. - FOTO LIPUTAN6

"Jenazah akan dimakamkan di pemakaman San Diego Hills, Karawang pada selepas Asar.

"Semoga Alllahyarham diterima amal ibadahnya dan husnul khatimah."

Sementara itu, penyanyi Rossa yang turut hadir ke rumah duka memberitahu keadaan isteri Allahyarham iaitu Bunga Citra Lestari dan anaknya Noah berada dalam keadaan sedih.

Rossa antara rakan baik Bunga dan Ashraf.

"Bunga dan Noah Alhamdulillah sedang menguatkan diri, jenazah sedang dimandikan, Insyaallah lepas ni selesai akan dikebumikan," ujarnya kepada media.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun selepas mengalami serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri penyanyi Bunga Citra Lestari dan seorang anak Noah Aidan Sinclair berusia 10 bulan.

SUMBER: LIPUTAN6

Artikel Lain