suria

Redza Minhat Terbawa-bawa Watak Akil

Redza Minhat
Redza Minhat
Redza Minhat

PETALING JAYA: Pelakon Redza Minhat mengakui terbawa-bawa watak Akil yang merupakan seorang lelaki serius dan pysko dalam filem KIL keluar daripada set penggambaran.

Redza berkata, ketika penggambaran filem tersebut dilakukan, dia turut berlakon sebuah teater komedi dan sukar untuk menghayati watak komedi tersebut.

"Saya jarang dapat watak serius selalunya watak-watak komedi jadi saya banyak buat kajian dan pemerhatian terhadap watak-watak ini melalui filem-filem lain di samping bertanya pengalaman mereka yang pernah cuba untuk bunuh diri.

"Oleh itu saya ada terbawa-bawa hingga ke lakonan teater yang sepatutnya komedi tetapi saya rasa serius dan pelik kenapa orang ramai ketawa," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Redza yang membawa watak seorang lelaki yang cuba membunuh diri itu menganggap watak Akil mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri.

"Saya berpuas hati dan harap penonton menerima lakonan dan filem kedua saya," katanya.

Sementara itu, pengarah filem tersebut, Nik Amir Mustapha mengakui filem ini dibuat dengan teliti dan mementingkan kualiti yang terbaik biarpun dengan bajet yang agak rendah.

"Pada awalnya ia hanya sebuah filem pendek tetapi dengan kerjasama Grand Brilliance ia menjadi sebuah filem kormersial dan akan ditayangkan kepada umum.

"Sebagai pengarah baru saya mahu buah tangan pertama saya ini berkualiti, sama ada ia diterima atau tidak saya serahkan kepada penonton untuk menilainya," katanya.

Filem KIL mengisahkan tentang Akil (KIL) seorang pemuda yang tertekan dan cenderung untuk membunuh diri. Tetapi, beliau tidak pernah berjaya dalam percubaan yang dilakukan.

Akil bersetuju menggunakan khidmat Life Action Bureau yang boleh membantu sesiapa sahaja yang ingin membunuh diri.

Namun selepas berkenalan seorang wanita bernama Zara, dia mula berubah fikiran untuk terus hidup.

Filem KIL akan berada di pawagam pada 30 Mei ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain