suria

Celine Dion mengandung anak kedua

Pada tahun 2007, BMG mengumumkan album Celine Dion sudah terjual lebih daripada 200 juta. foto-AFP
Pada tahun 2007, BMG mengumumkan album Celine Dion sudah terjual lebih daripada 200 juta. foto-AFP
Pada tahun 2007, BMG mengumumkan album Celine Dion sudah terjual lebih daripada 200 juta. foto-AFP

PENYANYI terkenal Celine Dion dilaporkan sedang mengandung anak keduanya.

Celine, 41, dan suaminya Rene Angelil, 67 mempunyai seorang anak yang berusia 8 tahun, Rene-Chareles, selepas kedua pasangan itu membuat rawatan kesuburan, lapor sebuah laman web.

Menurut laporan itu lagi, kedua pasangan itu juga telah mendapatkan bantuan doktor untuk mebuat rawaatan tersebut sekali lagi bagi membolehkan Celine melahirkan anak keduanya.

Sebelum ini Celine pernah mengatakan dia mahu mendapatkan seorang lagi anak selepas habis membuat siri jelajah konsertnya 'Taking Chances World Tour'.

"Saya akan cuba mendapatkan anak yang kedua selepas habis membuat konsert," katanya kepada Oprah dalam satu rancangan TV yang terkenal 'Oprah Winfrey Show'

Artikel Sebelum

Zul ganti tempat Ustaz Asri

Artikel Berikut

Artikel Lain