suria

Kontroversi hina kemaluan isteri... Fairuz enggan teruskan kerjaya lakonan, malu berdepan masyarakat

Fairuz enggan meneruskan karier sebagai pelakon kerana terlalu malu untuk berdepan dengan masyarakat.

MESKIPUN sudah hampir setahun kes hina kemaluan isteri yang dilakukan pelakon Galih Ginanjar terhadap bekas isterinya Fairuz A. Rafiq berlalu, namun aktres itu mengakui masih lagi berada dalam keadaan trauma.

Kata Fairuz, kejadian yang mengaibkan itu membuatkan dia tidak berani untuk meneruskan karier dalam industri seni tanah airnya itu kerana terpaksa berhadapan dengan orang ramai.

"Saya dah tak berani nak kerja... saya malu.

"Ketika kejadian itu berlaku saya ada anak yang masih menyusu badan.

"Saya sangat terkesan hingga anak saya kekurangan berat badan dan dia terpaksa di rawat di hospital kerana saya tidak mampu menghasilkan susu badan," ujarnya.

Fairuz mendedahkan perkara itu sewaktu memberi keterangan kes perbicaraannya dalam kes ikan masin sebelum ini.

Fairuz tidak dapat menahan sebak sewaktu perbicaraan kes ikan masin berlangsung.

Pengakuannya itu juga menyebabkan Fairuz sangat beremosi ketika memberikan keterangan sehingga hakim terpaksa menenangkannya ketika di kandang saksi.

Pada 3 Julai lalu, Galih dikatakan mencemarkan nama baik bekas isteri menerusi sebuah program bual bicara di YouTube dan bakal berhadapan dengan hukum penjara maksimum selama enam tahun kerana tindakannya itu.

Bekas isterinya yang juga seorang aktres iaitu Fairuz A Rafiq membuat laporan polis selepas Galih membuka aibnya secara terbuka dengan menceritakan kisah 'dalam kain' ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

Kes tersebut masih dibicarakan dan sehingga kini masih belum diketahui hukuman yang bakal diterima Galih atas keceluparan mulutnya menyamakan kemaluan isteri dengan bau ikan masin. - Tribunnews.com

Artikel Lain