suria

Hina kemaluan isteri... Fairuz tak rela anak dijaga bekas suami bermulut celupar!

Fairuz A Rafiq tak rela anak dijaga Galih. Foto: Tribunnews

PELAKON Fairuz A. Rafiq berkata dia tidak rela jika anaknya King Faaz Arafiq, 7, dijaga oleh bekas suami yang juga merupakan aktor, Galih Ginanjar.

Menurut laporan Tribunnews, Fairuz berkata dia akan mempertahankan hak perjagaan anak mereka itu, namun tidak akan memutuskan hubungan Faaz dengan bapanya.

"Apa pun masalah, meskipun dia berusaha mengambil anaknya. Saya mohon sangat anak ini jangan sampai ke tangan bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN:  Isu hina kemaluan bekas isteri, Fairuz belum boleh maafkan Galih Ginanjar “Harga diri saya dipijak-pijak!”

ARTIKEL BERKAITAN:  Bapa hina kemaluan bekas isteri, akhirnya anak yang dapat malu... dibuli rakan sekolah

"Saya tak ajar Faaz untuk membenci ayahnya tapi saya hanya mahu anak ini berada bersama suami saya Sonny Septian," katanya.

Fairuz membuat luahan tersebut menerusi laman Youtube Ussy Andhika Official pada Selasa lalu.

Pada 3 Julai lalu, Galih dikatakan mencemarkan nama baik bekas isteri menerusi sebuah program bual bicara di YouTube dan bakal bakal berhadapan dengan hukum penjara maksimum selama enam tahun kerana tindakannya itu.

Bekas isterinya yang juga seorang aktres iaitu Fairuz A Rafiq membuat laporan polis selepas Galih membuka aibnya secara terbuka dengan menceritakan kisah 'dalam kain' ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

Kes tersebut masih dibicarakan dan sehingga kini masih belum diketahui hukuman yang bakal diterima Galih atas keceluparan mulutnya menyamakan kemaluan isteri dengan bau ikan masin.

Sementara itu, Fairuz berkata dia masih belum memaafkan penghinaan yang dilakukan oleh bekas suaminya itu.

"Sejujurnya, saya masih belum boleh memaafkan dia sampai sekarang dan mungkin tiada maaf sampai bila pun.

"Harga diri saya dipijak-pijak dan dia juga telah melukakan anaknya yang mempunyai darah sendiri," ujar Fairuz.

Galih Ginanjar, Fairuz A Rafiq

Artikel Lain