Fintech Airasia Siap Tiga Bulan Lagi

Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

PARIS: AirAsia Group Bhd sedang menunggu kelulusan Bank Negara Malaysia untuk melaksanakan program teknologi baharu kewangan (fintech) yang dijangka dilancarkan dalam tempoh tiga bulan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes berkata program itu, yang digelar ''The Big'', akan membolehkan perkhidmatan perbankan dan kewangan menjadi platform untuk memproses pembelian dalam penerbangan oleh lebih 60 juta penumpang AirAsia setiap tahun.

"Ini akan memudahkan proses pembelian pada masa depan, terutama apabila AirAsia berhasrat mencecah rekod 100 juta pelanggan yang menggunakan penerbangan itu menjelang 2021," katanya pada sidang akhbar sempena Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2017, Skytrax, pada Selasa.

Beliau berkata pada masa ini, 25 peratus tempahan penerbangan AirAsia dibuat menerusi platform dalam talian berbanding sistem manual.

Majlis anugerah itu merupakan sebahagian daripada Pameran Udara Antarabangsa Paris ke-52 yang berlangsung di Lapangan Terbang Le Bourget Airport, Perancis.

Pada 3 Jan, AirAsia Bhd menyertai kumpulan fintech dengan penubuhan Big Pay Singapore Pte Ltd.

Walaupun ini merupakan langkah pertama kumpulan ke dalam fintech, BIG Prepaid MasterCard dengan kerjasama MasterCard, yang berfungsi sebagai dompet pelbagai mata wang, mempunyai pilihan maya dan telah digunakan sebagai kad kesetiaan oleh pengguna kerap AirAsia.

Mengenai pelan untuk AirAsia India, Fernandes berkata, syarikat itu akan meningkatkan saiz kumpulan 10 pesawatnya kepada 20 menjelang akhir 2018.

"Mengenai rancangan AirAsia India untuk menawarkan perkhidmatan laluan antarabangsa, kami merancang menawarkan lebih banyak kekerapan penerbangan dari bandar di India dan terbang terus ke Bali dan sebagainya," katanya.

Pada 2016, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam India memutuskan untuk meminda peraturan 5/20 kepada peraturan 0/20.

Peraturan 5/20 dilaksanakan ke atas penerbangan komersial dengan menetapkan syarikat penerbangan perlu melengkapkan operasi domestik selama lima tahun dan mempunyai 20 pesawat sebelum boleh ditimbang untuk operasi antarabangsa.

Sekarang, syarikat penerbangan perlu menambah bilangan pesawat sehingga 20 pesawat atau menggunakan 20 peratus kapasiti operasi domestik, yang mana lebih tinggi, untuk memenuhi syarat untuk penerbangan ke luar negara.

Berikutan perubahan dasar itu, syarikat penerbangan tidak lagi diperlukan untuk perkhidmatan wajib domestik selama lima tahun, dan kumpulan 20 pesawat sebelum dibenarkan untuk memulakan operasi antarabangsa.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan