Bank Islam Global Miliki Permodalan Baik Harungi Cabaran

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun bank-bank Islam global dijangka mencatatkan pertumbuhan pinjaman perlahan tahun ini berikutan persekitaran ekonomi lemah, industri tersebut mempunyai permodalan yang baik untuk mengharungi tempoh mencabar ini, kata seorang peserta pasaran.

Naib Pengerusi Agensi Peraturan dan Penyeliaan Perbankan Turki, Dr Yakup Asarkaya berkata penurunan nilai mata wang di pasaran sedang pesat membangun juga berpotensi menjejaskan pertumbuhan pinjaman bagi pemain serantau.

"Meskipun penurunan itu, kami tidak melihat ini akan menyebabkan sebarang masalah bagi agensi kawal selia kerana masih terdapat banyak modal dalam bank-bank Islam," katanya kepada pemberita di luar acara seminar mengenai 'Kewangan Islam dan Peraturan Global: Menggerakkan Sasaran dan Sempadan Baharu' di sini, Selasa.

Seminar sehari itu yang dianjurkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam  (IFSB), adalah bersempena dengan Mesyuarat Tahunan dan Acara-Acara Sampingan IFSB 2017 bermula hari ini sehingga 6 April.

Yakup berkata sama seperti industri lain, bank-bank Islam juga menerima kesan negatif daripada penurunan harga komoditi dan pertumbuhan perlahan ekonomi China.

Dalam Laporan Kestabilan Industri Perkhidmatan Kewangan Islam 2016, IFSB berkata peningkatan kos operasi perbankan telah menjadi satu daripada faktor yang menyebabkan kemerosotan keuntungan bersih di beberapa negara Asia.

Negara-negara yang mencatatkan kenaikan dalam purata nisbah kos-kepada-pendapatan ialah Kuwait, Malaysia, Arab Saudi, Turki, Bangladesh, Indonesia dan Jordan.

Laporan itu merumuskan dengan menyatakan perbankan Islam dijangka kekal menjadi sektor dominan dalam Industri Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSI), menyumbang hampir 80 peratus daripada IFSI global.

Jumlah aset perbankan Islam di pasaran utama berkembang pada kadar pertumbuhan gabungan tahunan 15.4 peratus bagi tempoh 2008 sehingga 2014. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Yakup Asarkaya

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan