suria

Volvo Malaysia Catat Jualan Trak Lebih Tinggi Pada 2016

KUALA LUMPUR: Volvo Malaysia mencatat kenaikan 4.8 peratus dalam jualan traknya pada tahun kewangan 2016, berbanding tahun sebelumnya.

Pertumbuhan tersebut dicapai melalui jualan 370 unit trak yang membawa segmen itu menguasai 45 peratus pasaran trak tugas berat Eropah di Malaysia.

Pengarah Urusan, Mats Nilsson dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, walaupun persekitaran perniagaan yang mencabar, Volvo mampu kekal dengan strategi perniagaannya dan menggunakan sumber dengan berkesan bagi mencapai pertumbuhan berterusan.

"Keseluruhan pasaran trak tugas berat di Malaysia sebenarnya telah menguncup 5.0 peratus tahun lepas, terutama disebabkan kemelesetan ekonomi dan penyusutan mata wang, yang menyebabkan syarikat mengurangkan perbelanjaan modal mereka," tambahnya.

Volvo Malaysia baru-baru ini memulakan beberapa inisiatif strategik baharu bertujuan memacu perniagaan ke depan.

Antaranya ialah pelaburan RM75 juta ke atas pengembangan rangkaian yang melibatkan penempatan semula sebahagian pengedar ke tapak baharu untuk akses pelanggan lebih baik dan meningkatkan kemudahan serta kemahiran teknikal untuk perkhidmatan berkualiti.-- Bernama

Volvo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain