Iskandar Malaysia Raih Pelaburan Baharu RM10.85 Bilion Pada Suku Ketiga

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 7:06 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU:Iskandar Malaysia meraih pelaburan baharu sebanyak RM10.85 bilion pada suku ketiga tahun ini.

Ini membawa jumlah pelaburan komited kumulatif yang diraih kepada RM218.84 bilion dari 2006 hingga 30 September.

Daripada pelaburan tersebut, RM113.36 bilion atau 52 peratus mewakili apa yang direalisasikan sebagai projek asas.

Dalam kenyataan di sini, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim berkata dari Januari hingga 30 September, Iskandar Malaysia mencapai kemajuan dalam meraih pelaburan baharu.

"Kami tidak jauh daripada sasaran tahunan kami sebanyak RM25 bilion pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata Iskandar Malaysia terus mencatat prestasi baik di sebalik cabaran yang dihadapi ekonomi global dan susulan daya tahan wilayah ekonomi itu dan pengukuhan dalam sembilan sektor yang dipromosikan.

"Pelaburan domestik sebanyak RM132.13 bilion atau 60 peratus daripada jumlah  pelaburan komited kumulatif setakat ini. 

"Ini menunjukkan keyakinan terhadap Iskandar Malaysia, terutamanya dalam kalangan pelabur tempatan, berikutan kami terus membangunkan wilayah ekonomi itu kepada metropolis yang kukuh dan mampan di peringkat antarabangsa," kata Ismail.

Daripada pelaburan itu, 40 peratus (RM86.71 bilion) daripada pelabur asing, dengan lima negara utama iaitu China, Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan Sepanyol.

Memasuki tahun ke-10 pembangunan, Ismail berkata Iskandar Malaysia berada pada landasan untuk merealisasikan matlamat jangka panjangnya dan yakin ia akan terus menarik aliran masuk pelaburan yang stabil. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Iskandar Malaysia , IRDA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan