Ligamas Residence Di Batang Kali Kini 80 Peratus Siap

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2016 4:46 PM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Projek perumahan baharu Ligamas Residence di Batang Kali kini 80 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya akhir tahun depan, kata Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Ghani Hashim.

Beliau berkata, projek itu melibatkan pembinaan 221 unit rumah berkembar dua tingkat berkeluasan 2,155 kaki persegi di atas tapak seluas 15.9 hektar.

"Projek ini terletak berhampiran destinasi pelancongan utama negara iaitu Genting Highlands dan Bukit Fraser. Ia hanya mengambil masa 30 minit perjalanan ke Kuala Lumpur dan hanya 15 minit ke Rawang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ligamas Residence, di sini, Ahad.

Projek perumahan lengkap berpagar dan berpengawal itu dijangka dijual pada harga antara RM430,000 hingga RM659,000 seunit yang dibangunkan Ligamas Sdn Bhd bersama-sama PKNS.

Ghani berkata Ligamas Residence menjanjikan suasana nyaman sesuai dijadikan kediaman untuk individu yang bekerja di Lembah Klang atau dijadikan pelaburan.

"Kawasan Batang Kali adalah kawasan pinggir Kuala Lumpur yang mempunyai potensi besar untuk terus membangun pada masa depan. Harga hartanahnya juga lebih rendah jika dibandingkan dengan kawasan pinggir Kuala Lumpur yang lain," katanya.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: Ligama Residence , PKNS , Ghani Hashim

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan