suria

DHL Express Naikkan Kadar 2017 Sebanyak 6.9 Peratus

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan ekspres antarabangsa DHL Express mengumumkan peningkatan sebanyak 6.9 peratus bagi harga purata umum tahunan berkuat kuasa 1 Jan 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Ken Allen berkata peningkatan harga tersebut membolehkan syarikat melabur dalam satu rangkaian bertaraf dunia yang akan menjana nilai yang besar untuk pelanggannya.

"Harga kami mencerminkan nilai sebenar dalam perkhidmatan dan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk memberi kualiti bagi jangka masa panjang," kata beliau dalam satu kenyataan Pada 2016, DHL melabur sebanyak EUR800 juta dalam perbelanjaan modal bagi rangkaian, sistem dan kakitangannya.

Ini termasuk laluan masuk bernilai EUR66 juta di Tokyo, pelancaran alat pangasingan automatik baru di hab DHL di Cincinnati, AS, Singapura dan Leipzig, Jerman, dan menjadi perintis yang memperkenalkan pesawat kargo A330-300 yang lebih cekap dalam kumpulan pesawatnya di Eropah.

Bagi 2017, DHL berkata ia akan mengekalkan kadar pelaburan ini dan terus memanfaatkan rangkaiannya untuk menjadikan pelanggan berjaya dalam aktiviti perdagangan antarabangsa mereka.

Artikel Sebelum

Felcra Lebar Sayap Perniagaan

Artikel Berikut

Artikel Lain