Privasia Yakin Tempahan Dalam Tangan Catat Pertumbuhan Konsisten

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 3:50 PM

Puvanesan Subenthiran

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Privasia Technology Bhd yakin tempahan dalam tangannya akan merekodkan pertumbuhan yang konsisten dalam tahun ini sama seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Puvanesan Subenthiran, berkata jumlah pesanan dalam tangan syarikat itu pada masa sekarang adalah berjumlah RM120 juta, kebanyakannya dalam segmen utiliti dengan pengebilan tetap secara bulanan sehingga 2020.

"Ini merupakan hasil pelaburan kami yang sekarang ini sudah mula memberi perkhidmatan kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan itu di sini.

Bagaimanapun, majoriti perniagaan ini baru sahaja dimulakan tetapi ia menyediakan ruang untuk pengembangan selagi ia menjadi fokus syarikat, katanya.

Untuk tahun ini, perniagaan teras kumpulan, seperti penyumberan luar dan perundingan, akan kekal sebagai penyumbang utama dengan pertumbuhan dijangka datang dari perniagaan hab satelit serta segmen teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, keuntungan sebelum cukai kumpulan susut kepada RM3.31 juta daripada RM9.36 juta tahun sebelumnya.

Pendapatan, bagaimanapun, menokok kepada RM81.35 juta berbanding RM73.89 juta sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Ali Abdul Kadir, berkata walaupun 2015 agak mencabar tetapi ia masih mampu mencatatkan pertumbuhan.

Katanya, bagaimanapun, pelaburan kumpulan yang agak besar seperti projek hab satelit yang baharu serta kerugian tukaran asing sebanyak lebih kurang RM1.1 juta, telah menyeret keuntungan.

"Tahun ini industri diramal terus mencabar dengan International Data Corp menjangkakan perbelanjaan keseluruhan ICT di Malaysia susut kepada 4.7 peratus berbanding dengan peningkatan sebanyak dua digit pada tahun 2015," katanya.

Ali berkata, walaupun unjuran tersebut kurang menyenangkan, Privasia akan terus memberi fokus kepada pertumbuhan melalui pelbagai strategi lain.

Puvanesan berkata dengan pelaburan dalam hab fasiliti satelit yang dibuat pada tahun lepas, kumpulan itu merancang untuk mengembangkan tawaran kemudahan satelit untuk pelanggan-pelanggan yang berpotensi di dalam sektor minyak dan gas, maritim, hospitaliti, pelancongan serta keselamatan.

"Kami percaya dengan perkhidmatan kami yang menyeluruh, kami akan dapat peluang dalam sektor-sektor yang memerlukan telekomunikasi luar pesisir atau luar kawasan," katanya.

Dalam tahun ini, Privasia juga sedang mengintai peluang untuk meningkatkan bilangan pelanggan termasuk menembusi pasaran ASEAN melalui platform e-Perolehan yang dipertingkatkan, 'Procurehere' merupakan satu sistem berpusat dan secara automatik menguruskan tender dan komunikasi antara organisasi serta pembekal yang berpotensi.

"Oleh itu, tahun ini Privasia telah memperuntukkan sebanyak RM800,000 dalam perbelanjaan modal bagi pengehosan awan dan maklumbalas yang lebih cepat untuk meningkatkan penyelesaian," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan