Ikea JB Mula Ambil Pekerja

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gedung Ikea Malaysia yang ketiga di negara ini akan dibuka di Tebrau, Johor Bahru, pada akhir 2017 sebagai sebahagian daripada pelan pengembangannya di Asia Tenggara dan Malaysia, khususnya.

Pada masa ini, Ikea mempunyai dua buah gedung, iaitu di Cheras dan Damansara dan mempunyai perancangan untuk membuka sebuah lagi di Pulau Pinang, yang menjadikan jumlah keseluruhannya empat.

Syarikat dari Sweden itu turut mempunyai gedung di Singapura dan Thailand.

"Gedung ini (Johor) merupakan sebahagian daripada hasrat kami untuk berkembang di Asia Tenggara dan komitmen untuk menyediakan lebih banyak rekaan kelengkapan rumah dari Sweden yang mampu dimiliki kepada rakyat Malaysia," kata Pengarah Runcit, IkeaMalaysia, Singapura dan Malaysia, Mike King dalam kenyataan.

Bagi memulakan perniagaan di Johor, Ikea telah memulakan fasa pertama pengambilan untuk lebih 50 jawatan, termasuk kumpulan pengurusan gedung itu.

Ia termasuk jawatan pengurus gedung, pengurus dan penolong pengurus jualan, komunikasi dan reka bentuk dalaman, sumber manusia, restoran dan jabatan logistik.

Mereka yang ingin memohon atau mengetahui lebih lanjut mengenai peluang pekerjaan yang terdapat di gedung Ikea yang baharu di JohorBahru,sila layari IKEA.my/jobs.

Tags / Kata Kunci: Ikea , JB , Thailand

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan