Kerajaan Timbang Luluskan Pelaburan PV Solar RM2 Bilion Tahun Ini

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 6:17 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Kerajaan sedang menimbang untuk meluluskan beberapa lagi syarikat tenaga fotovolta (PV) solar yang melibatkan pelaburan dianggarkan RM2 bilion, tahun ini.

"Kita akan mengumumkan mengenai perkara itu apabila tiba masanya," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Phang Ah Tong, pada sidang media di Persidangan PV CellTech 2016, di sini, Rabu.

PV solar adalah kaedah penukaran tenaga daripada cahaya matahari kepada bekalan tenaga elektrik menerusi paparan panel solar atau suria.

Terdahulu, AhTong berkata, tiga syarikat PV solar dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2 bilion, telah diluluskan setakat tahun ini.

Tiga syarikat China itu adalah JA Solar Holdings Co Ltd dan Jinko Solar Holding Co Ltd yang beroperasi di Pulau Pinang serta Xi'an Longi Silicon Materials Corporation yang beroperasi di Sarawak.

"Kedudukan strategik Malaysia dalam industri itu kini menarik pengeluar modul PV solar berkenaan," katanya.

Menurut Ah Tong, ekosistem kluster PV negara ini merangkumi kira-kira 250 syarikat daripada pengeluar huluan sehingga hiliran, termasuk rantaian pembekalan modul, industri sokongan serta sistem integrasi.

Beliau turut membangkitkan kepentingan industri PV yang kian pesat ketika Malaysia mempelbagaikan gabungan tenaga elektriknya dan beralih kepada PV solar.

"Malaysia juga menjangkakan dapat memasang kira-kira 1,250 MW PV solar menjelang 2020 berbanding 230 MW ketika ini, susulan dua mekanisme yang diluluskan kerajaan iaitu pemeteran bersih dan solar skala utiliti (USS).

"Kita optimis sasaran itu mampu dicapai dengan adanya mekanisme ini serta sokongan daripada kerajaan," katanya.

Ah Tong berkata tenaga solar kini menjadi pendekatan popular bagi tujuan penggunaan tenaga boleh diperbaharui kerana lebih mudah berbanding biomas, biogas dan tenaga hidro.

"Pada masa ini, Malaysia adalah pengeluar sel PV ketiga terbesar dunia dan industri itu memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi selain mewujudkan peluang pekerjaan," katanya yang memetik data Agensi Tenaga Antarabangsa.

Malaysia juga adalah antara pengeksport utama panel solar ke Amerika Syarikat.

"Lima daripada 10 syarikat solar terbesar dunia, beroperasi di Malaysia dengan industri PV mencatatkan pendapatan sebanyak RM20.8 bilion, tahun lepas," katanya.
-- Bernama

Tags / Kata Kunci: PV solar , Mida

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan