BSN Rai Pemenang Kempen Impian Tunai 8

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 10:31 AM

Ahmad Latfan dan Alimuddin bersama pemenang Kempen Impian Tunai 8 BSN.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) menyampaikan RM88,888 kepada pemenang hadiah utama dan RM8,888 lagi khusus buat lapan pemenang hadiah bulanan menerusi Kempen Impian Tunai 8 BSN di Wisma BSN, Kuala Lumpur dekat sini, Isnin.

Kempen tahunan ini menyasarkan pemegang Kad Kredit/-i 1TeachersCard yang lama dan baharu.

"Jumlah keseluruhan wang tunai yang ditawarkan untuk kempen ini mencecah lebih RM190,000," menurut BSN menerusi kenyataannya pada Isnin.

Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Ahmad Latfan Mohd Amran dan Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom hadir pada majlis berkenaan.

Sementara itu, kata Ahmad Latfan, menerusi kempen ini, pihaknya dapat membentuk kesedaraan yang signifikan terhadap kad berkenaan, selain menawarkannya secara eksklusif kepada masyarakat terutama di kalangan komuniti Kementerian Pendidikan.

"Kad ini adalah penghargaan kepada guru dan semua pihak yang begitu prihatin dan mencintai bidang pendidikan," katanya.

Tambah BSN lagi, pihaknya akan terus meningkatkan faedah menerusi kad itu kepada pemilik dengan memberi tumpuan untuk memenuhi keperluan ahli lama dan baharu.

Kempen Impian Tunai 8 ini dapat disertai dengan hanya belanja minimum RM88 dengan Kad Kredit/-i 1TeachersCard dan berpeluang memenangi hadiah tunai yang lumayan. Penyertaan adalah automatik dan tiada SMS atau borang penyertaan diperlukan.

Perbelanjaan yang layak termasuk semua perbelanjaan runcit tempatan dan luar negara, termasuk pembelian dalam talian.

Hadiah yang ditawarkan dari RM888 hingga RM88,888 di mana kriteria kelayakan untuk cabutan adalah seperti berikut:

*Cabutan Hadiah Utama: Mempunyai perbelanjaan terkumpul minimum RM3,000 sepanjang tempoh kempen.

*Cabutan Hadiah Bulanan: Mempunyai perbelanjaan terkumpul minimum RM888 dalam sebulan.

*Cabutan Hadiah Mingguan: Mempunyai perbelanjaan minimum RM88 dalam seminggu.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.mybsn.com.my






 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan