PNB Umum Agihan Pendapatan 6.20 Sen Seunit Bagi ASN 3

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), pada Isnin mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3), bagi tahun kewangan berakhir 30 Nov 2015.

Agihan pendapatan ini kekal sama dengan kadar yang diagihkan pada tahun lepas.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM67.28 juta, atau 31.3 peratus lebih tinggi berbanding RM51.24 juta yang dibayar pada tahun lepas.

"Kadar pengagihan pendapatan ASN 3 ini berpatutan jika dibandingkan dengan instrumen-instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan," katanya pada sidang media semasa mengumumkan agihan itu hari ini.

Beliau berkata prestasi ASN 3 adalah berpatutan memandangkan indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI mencatatkan penurunan 8.7 peratus, dalam tempoh tinjauan (Nov 2014 - Nov 2015).

Beliau berkata sehingga 20 Nov, 2015, tabung ASN 3 memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM60.06 juta, dengan pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM21.22 juta atau 35.3 peratus, manakala keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM18.98 juta atau 31.6 peratus.

Pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jamgka pendek dan lain-lain pendapatan pula menyumbang sebanyak RM19.86 juta atau 33.1 peratus kepada jumlah pendapatan kasar tersebut.

Pengagihan pendapatan ini akan memanfaatkan seramai 37,121 pemegang unit yang melanggan 1.085 bilion unit ASN 3, kata Ahmad Sarji.

Pembayaran pengagihan pendapatan akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Dis, 2015, berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 30 Nov, 2015.

Sementara itu, bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASN 3 menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan.

Semua urus niaga bagi ASN 3 di pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB ditangguhkan mulai 20 Nov sehingga 30 Nov bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASN mulai 1 Dis.

Tags / Kata Kunci: PNB , ASN 3

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan