Projek Pembinaan Lebih RM50 Juta Wajib Guna IBS

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mulai tahun depan, mana-mana projek pembinaan swasta yang melebihi RM50 juta dan projek kerajaan yang melebihi RM10 juta wajib menggunakan kaedah Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini bagi memastikan reka bentuk pembinaan yang lebih seragam, mengurangkan tempoh pembinaan sekali gus meningkatkan kualiti pembinaan di negara ini.

"Mana-mana projek bernilai RM50 juta ke atas untuk sektor swasta, kita bersetuju pada dasarnya untuk mewajibkan kaedah IBS digunakan, kecuali jika keadaan tidak mengizinkan baru kita buat pengecualian.

"Dengan aplikasi teknologi IBS, kita akan ada standard rekaan, prakelulusan pelan, khususnya bangunan kerajaan dengan IBS ini yang mampu menjimatkan masa dan kos pembinaan," katanya selepas mengadakan Sesi Dialog Tertutup bersama Syarikat Berprestasi Tinggi (Teras) di Damansara, di sini, Isnin.

IBS merupakan satu kaedah pembinaan di mana komponen dikilangkan dalam persekitaran yang terkawal sama ada di dalam atau di luar tapak yang diletakkan dan dipasang untuk kerja-kerja pembinaan.

Ditanya mengenai Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada 23 Okt ini, Fadillah berkata kementeriannya berharap kerajaan dapat mengutamakan peruntukan dari segi infrastruktur bagi memastikan jurang pembangunan di tiga wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat dikurangkan.

Beliau berkata kementerian kini sedang berusaha memastikan setiap projek perluasan jaringan diteruskan dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan termasuk Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang sudah bermula April lepas.

"Dari segi infrastruktur ini, fokus kita supaya aspek keterangkuman pembangunan dapat dirapatkan bagi memastikan jaringan perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperluas sekali gus meningkatkan perkhidmatan  kita kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang mungkin memberi kesan kepada syarikat pembinaan di Malaysia, beliau berkata ia perlu dilihat dari sudut positif terutama usaha kerajaan dalam mengantarabangsakan pakar di negara ini.

"Di sinilah kita nak strategi di bawah CITP (Program Transformasi Industri Pembinaan), kita boleh memperkenalkan semua profesional dan pakar yang kita ada dalam bidang tertentu kepada kepakaran luar," katanya.

Menurut laporan, menteri-menteri perdagangan Pasifik telah merumuskan rundingan bagi TPPA baru-baru ini. Pihak terlibat ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Tags / Kata Kunci: JKR , IBS

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan