suria

Boeing Raikan Penyerahan 787 Dreamliner Kepada Oman

KUALA LUMPUR: Boeing dan Oman Air meraikan penyerahan pesawat Boeing 787 Dreamliner, pesawat pertama jenis itu kepada syarikat penerbangan Oman.

Syarikat penerbangan itu menempah enam 787-8s pada November 2011 sebagai sebahagian daripada pelan peluasannya.

"Kami bangga menerima pesawat Dreamliner pertama kami, yang apabila digabungkan dengan perkhidmatan kami yang pernah memenangi anugerah, bakal menyediakan pengalaman perjalanan yang cemerlang untuk pelanggan.

"Keputusan kami untuk melabur dalam pesawat baharu menunjukkan keyakinan kami terhadap 787 dan nilainya yang akan ditambah dari segi kebolehpercayaan, kecekapan operasi dan keselesaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Oman Air Paul Gregorowitsch dalam satu kenyataan.

Sejak memulakan perkhidmatan pada 2011, barisan keluarga 787 membuka lebih  50 laluan baharu tanpa henti di seluruh dunia.

Oman Air mengumumkan bahawa syarikat itu akan menggunakan Dreamliner itu untuk perkhidmatan ke Arab Saudi dan Eropah.

Boeing kini mempunyai lapan pelanggan 787 di Asia Barat yang menempah  175 Dreamliners.

Boeing, Oman

Artikel Lain