JCorp Peruntuk RM49.43 Juta Bagi SDJ1 Peringkat Akhir

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 8:51 PM

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merangkap Pengerusi Johor Corporation melengkapkan potongan kek sebagai simbolik pelancaran skim penambahbaikan dana Johor RM1.00 seunit (SDJ1) peringkat keempat (SDJ1-P4) di Hotel Puteri Pacific pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Johor Corporation (JCorp) pada Isnin melancarkan Skim Penambahbaikan Dana Johor RM1 seunit (SDJ1) keempat yang juga merupakan terakhir melibatkan peruntukan RM49.43 juta dengan 24,321 pemegang unit.

SDJ1 merupakan pembiayaan penyelesaian oleh JCorp kepada pemegang unit amanah Dana Johor (DJ) yang terjejas akibat cabaran ekonomi yang dihadapi negara pada 1997 dan 1998.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata pelaksanaan SDJ1 terakhir itu dibuat menerusi penawaran unit Al-Salam REIT.

"Usaha yang diambil itu jelas menunjukkan bahawa JCorp komited untuk membantu menyelesaikan masalah para pelabur yang terpaksa menanggung kerugian akibat daripada penurunan unit saham mereka sebelum ini.

"JCorp melaksanakan ini biarpun pada dasarnya ia bukan satu keperluan obligasi undang-undang bagi pihak JCorp untuk melaksanakannya," katanya ketika berucap pada pelancaran SDJ1 peringkat keempat (akhir) oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini Isnin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Md Jais Sarday dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong.

Kamaruzzaman berkata SDJ1 peringkat akhir itu akan dibuka bermula hari ini sehingga 31 Disember 2015.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pemegang unit DJ yang masih belum membuat permohonan supaya berbuat demikian dengan segera bagi membolehkan proses penebusan semula dijalankan dengan lancar dalam tempoh ditawarkan.

Pelaksanaan SDJ1 bermatlamat memulangkan semula pelaburan asal pemegang unit DJ, dana amanah saham negeri pertama yang dibuka untuk semua kaum, yang terjejas teruk akibat cabaran kewangan melanda negara pada 1997 dan 1998.

SDJ1 dilancarkan pada 2012 adalah sebuah penambahbaikan kepada skim pemulihan harga DJ, SBBB pada harga RM0.50 seunit dan ia telah dilancarkan pada tahun 2004.

Kamaruzzaman berkata, jumlah keseluruhan pembiayaan penyelesaian DJ menerusi SDJ1 dan SBBB yang ditanggung JCorp adalah sebanyak RM303.46 juta. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: JCorp

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan