BHPetrol Lancar Diesel Gred Euro 5 Infiniti

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 6:42 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) akan menawarkan diesel gred Euro 5 Infiniti terbaharu di 20 stesen minyaknya di Lembah Klang menjelang akhir September ini.

Pengarah Urusan syarikat, Tan Kim Thiam berkata syarikat merancang memperluas penawaran diesel baharu itu ke stesen BHPetrol di pantai barat seperti Melaka tahun depan.

Tahun lepas, diesel mesra alam itu diperkenal di 11 stesen BHPetrol di Johor Baharu selepas penguatkuasaan undang-undang berkaitan di Singapura, katanya kepada pemberita selepas pelancaran rasmi bahan api diesel baharu tersebut, di sini, Khamis.

Penawaran diesel baharu di Johor itu memudahkan lori bernombor pendaftaran Malaysia memasuki Singapura setiap hari memandangkan mereka tidak perlu bimbang tentang aspek pematuhan undang-undang pelepasan asap diesel yang diperketat oleh Singapura.

Tan berkata BHPetrol perlu mendapatkan kelulusan kerajaan sebelum menawarkan diesel itu di stesen minyak.

Gred diesel terbaharu itu dijangka menyumbang lima peratus kepada pendapatan syarikat tahun ini, kata Pengarah Runcit dan Bekalan syarikat James Khoo.

Diesel itu akan dijual pada harga RM2.30 seliter, iaitu 10 sen lebih tinggi berbanding harga diesel Euro 2M sedia ada.

BHPetrol mempunyai 350 stesen minyak di seluruh negara tidak termasuk Sabah dan Sarawak, dengan 150 daripadanya terletak di Lembah Klang.

Khoo berkata syarikat merancang membuka 10 hingga 12 lagi stesen minyak di Semenanjung Malaysia.

Tags / Kata Kunci: BHPetrol , Diesel

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan