Mumbai Monorail Milik Scomi Engineering Berjaya Harungi Hujan Monsun India

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 11:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mumbai Monorail milik Scomi Engineering Bhd terus beroperasi 100 peratus menepati masa sejak hujan lebat mula melanda bandar raya India itu, menawarkan pengangkutan yang amat diperlukan penduduk Mumbai di sepanjang penjajarannya.

Bagaimanapun, perkhidmatan rangkaian kereta api pinggir bandar Mumbai, pengangkutan utama bandar raya berkenaan, terpaksa dihentikan berikutan banjir, menyebabkan beratus ribu pengguna terkandas.

Hujan lebat melanda Mumbai sejak 18 Jun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Scomi Engineering, Kanesan Veluppillai berkata, syarikat itu memperkenal monorel ke negara yang mempunyai risiko tinggi gempa bumi, musim monsun yang ekstrem dan penduduk yang padat. 

Menurutnya, keupayaan monorel itu meneruskan perkhidmatan dengan menepati masa adalah disebabkan reka bentuknya.

"Dengan reka bentuk celapak, kereta api itu direka untuk membalut rasuk. Berikutan itu, hujan lebat dan angin kencang tidak menjejaskan kestabilan kereta api tersebut.

"Selain itu, pasukan operasi dan penyelenggaraan kami mempunyai pelan persediaan yang menyeluruh bagi menghadapi hujan monsun," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mumbai Monorail, yang pertama seumpamanya di India, secara rasmi memulakan operasi komersil fasa satu dari Wadala ke Chembur, sejauh 8.9 kilometer pada Februari tahun lepas.

Pada mulanya ia beroperasi lapan jam sehari dan meningkatkan perkhidmatan kepada 14 jam sehari selepas 10 minggu beroperasi. 

Kini ia beroperasi 16 jam sehari dengan purata ketepatan masa 99.17 peratus.

Kereta api Mumbai Monorail yang mempunyai empat gerabak itu boleh meluncur sehingga 80 kilometer sejam dengan kapasiti 564 penumpang bagi setiap perjalanan.

Fasa dua projek itu akan menghubungkan Wadala dengan Jacob Circle dengan 10 stesen di sepanjang laluan 10.8 kilometer yang dijangka meningkatkan bilangan penumpang harian kepada empat kali ganda sebaik sahaja seksyen monorel itu ditauliahkan.

Penjajaran Mumbai Monorail menawarkan hubungan Timur-Barat yang lebih meluas dan koridor pengangkutan khusus untuk mengangkut orang ramai secara cepat dan cekap melalui jalan-jalan yang padat dengan penduduk di Mumbai.

Penjajaran penuh dijangka ditauliahkan menjelang pertengahan 2016.

Tags / Kata Kunci: Mumbai Monorail , Scomi Engineering

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan