Kedudukan Pelaburan Antarabangsa Malaysia RM1.2 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 3:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedudukan liabiliti bersih bagi pelaburan antarabangsa Malaysia berjumlah RM1.2 bilion pada akhir suku pertama, meningkat sebanyak RM11.9 bilion, berbanding RM13.1 bilion dicatatkan pada akhir tahun lepas.

Menurut Jabatan Perangkaan, kedudukan aset kewangan berjumlah RM1.49 trilion berbanding RM1.46 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Dalam kenyataan pada Isnin, katanya jumlah liabiliti mencatatkan RM1.49 trilion berbanding RM1.45 trilion pada 2014.

Jabatan itu berkata pelaburan langsung mencatatkan aset bersih RM24.8 bilion pada akhir suku pertama, meningkat sebanyak RM18.1 bilion berbanding 31 Disember 2014.

Katanya pelaburan langsung di luar negara (DIA) berjumlah RM500.5 bilion pada suku pertama berbanding RM474.2 bilion dicatatkan pada 2014.

Sementara itu, pelaburan portfolio bersih menunjukkan kedudukan liabiliti bersih sebanyak RM368.0 bilion berbanding RM381.2 bilion pada 2014.

Menurut jabatan itu, paras aset pelaburan portoflio berjumlah RM258.6 bilion dan jumlah nilai liabiliti pelaburan portfolio meningkat kepada RM626.6 bilion.

Pelaburan lain mencatatkan kedudukan liabiliti bersih sebanyak RM47.6 bilion berbanding RM43.9 bilion dicatatkan pada 31 Disember, 2014.

Kedudukan aset pelaburan lain, pada akhir suku pertama sebanyak RM268.4 bilion, dan paras liabiliti pelaburan lain meningkat kepada RM316.0 bilion.

Ia juga menyatakan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia susut RM15.7 bilion pada suku pertama kepada RM389.6 bilion berbanding RM405.3 bilion pada akhir 2014. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Malaysia , libiliti , DIA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan