AirAsia Tidak Jual Pegangan Dalam Program BIG Loyalty - Niaga | mStar

AirAsia Tidak Jual Pegangan Dalam Program BIG Loyalty

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 9:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd pada Selasa menafikan laporan bertajuk "AirAsia looks to sell stake in loyalty programme.

"Program AirAsia BIG Loyalty mempunyai potensi besar untuk pertumbuhan - berkembang pesat melangkaui kedudukannya pada hari ini," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata program itu mempunyai lebih 13 juta anggota dan berkembang pada kadar 150,000 anggota baru sebulan.

"Melalui pelbagai rakan kongsi dan ganjaran yang bertambah, dipacu oleh pasukan yang bersemangat, kami menjangka keanggotaan BIG berkembang kepada lebih 20 juta dalam masa empat hingga lima tahun. Jadi, kami tidak akan menjual," katanya.

Think BIG Digital Sdn Bhd, yang memiliki dan menguruskan program BIG Loyalty, adalah usaha sama antara AirAsia, Tune Money International dan Aimia Inc - syarikat berpangkalan di Kanada yang merupakan peneraju global dalam pengurusan kesetiaan.

Tags / Kata Kunci: AirAsia , BIG Loyalty
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan