AirAsia Terima Pengiktirafan Pada Anugerah Perniagaan Asean Ke-6

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 10:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menerima 'Anugerah Sektor Integrasi Keutamaan dalam Penerbangan' pada Anugerah Perniagaan Asean Keenam Malaysia sebagai pengiktiran atas prestasi dan pencapaiannya dalam sektor penerbangan.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun dalam satu kenyataan berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu berbangga Malaysia menjadi pengerusi Asean tahun ini dan sebagai syarikat penerbangan Truly Asean, kumpulan tersebut akan terus menyokong inisiatif yang diambil Malaysia untuk mencapai matlamat yang disasarkan semasa memegang tampuk pengerusian.

Anugerah Kecemerlangan Sektor Integrasi Keutamaan itu diberikan kepada syarikat-syarikat yang mencapai prestasi cemerlang serta terlibat dalam Sektor Integrasi Keutamaan Komuniti Ekonomi Asean (AEC).

Penerima anugerah dinilai dalam mana-mana 11 sektor keutamaan -- logistik, ICT, automotif, elektronik, perikanan, penjagaan kesihatan, tekstil dan pelancongan serta produk berasaskan pertanian, getah dan kayu.

AirAsia menawarkan penerbangan ke semua 10 negara Asean dengan sejumlah 160 laluan yang mana 49 daripadanya seperti Johor BahruBandung, Lombok, JakartaPhuket dan Pulau PinangSurabaya adalah unik kepada syarikat penerbangan itu. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: AirAsia , Asean , Kamarudin Meranun

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan