MIER Gesa Kerajaan Bersedia Hadapi Masa Sukar

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 2:22 PM

Dr Zakariah Abdul Rashid

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia  (MIER) menggesa kerajaan menyiapkan pelbagai langkah bagi menangani keadaan pada masa sukar.

Pengarah Eksekutifnya Dr Zakariah Abdul Rashid berkata langkah yang diambil  perlu meliputi pelaksanaan berkesan pembaharuan struktur dalam bekalan dan menghapuskan halangan perdagangan dan pelaburan.

"Langkah ini perlu bagi meningkatkan faktor produktiviti, potensi keluaran ekonomi, meningkatkan daya tahan ekonomi untuk bertahan dalam menghadapi kesan ke atas komoditi dari segi kejutan dagangan dan kadar faedah asing ke atas ekonomi," katanya pada sidang media mengenai Unjuran Ekonomi Suku Keempat MIER.

Zakariah juga berkata Bank Negara Malaysia perlu meneliti kaitan antara pergerakan harga minyak mentah, kadar tukaran asing, rizab asing, selain tindakan dasar monetarinya.

Kedudukan ini memerlukan penyusunan dan unjuran semula ekonomi bagi meneliti  penurunan ketara kadar tukaran ringgit dan penyusutan berterusan rizab asing.

Beliau berkata walaupun proses pelarasan kadar faedah secara berperingkat-peringkat baik semasa waktu biasa, tindakan tegas perlu apabila mengambil kira kejutan luar jangka dalam ekonomi.

"Dasar makro ekonomi perlu diselaraskan bagi memastikan trajektori pertumbuhan menaik dan matlamat Wawasan 2020 dicapai.

"Memandangkan dasar monetari masih aktif dalam mengurus kitaran perniagaan jangka pendek, dasar fiskal perlu memberi tumpuan ke atas matlamat jangka masa sederhana dan panjang," kata Zakariah.

Beliau berkata usaha ini akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur an mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pengurusan baik makro ekonomi.

"Walaupun akan berlaku kesusahan jangka pendek, manfaat secara menyeluruh mengatasi kos dalam jangka sederhana dan panjang.

"Yang pasti akan ada lebih banyak peluang berbanding risiko yang dikaitkan dengan harga minyak yang rendah. Namun masalahnya ialah kita dilihat sebagai ekonomi yang bergantung kepada minyak, dan kadar ringgit teruk terjejas," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mier , Ekonomi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan