suria

Nam Cheong Jual Dua Kapal Dengan Harga AS$45 Juta

KUALA LUMPUR: Nam Cheong Ltd, peserta marin luar pantai utama dunia menjual dua kapal bernilai kira-kira US$45 juta (RM157 juta).

Kapal Bekalan Tunda Pengendalian Sauh (AHTS) dijual kepada pelanggan berulang di Belanda, Vroon B.V., sebuah syarikat perkapalan antarabangsa yang pengalaman lebih seabad.

Kapal Bekalan Platform (PSV) juga dijual kepada pelanggan berulang, E.A.

Temile Development Company of Nigeria Ltd yang berpangkalan di Afrika barat. Ia merupakan sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan terkemuka.

Kapal-kapal itu dijadual diserahkan pada 2015 dan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan Kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2014 dan 31 Dis, 2015.

Nam Cheong tersenarai di Papan Utama Singapore Exchange Securities Trading Ltd dan merupakan pembina Kapal Sokongan Luar Pantai (OSV) terbesar Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Leong Seng Keat dalam satu kenyataan berkata dengan dua kontrak itu, nilai perolehan kontrak syarikat kekal pada paras kukuh  RM1.7 bilion, terdiri daripada 26 kapal.

"Kami gembira Nam Cheong berkembang beransur-ansur daripada pemain serantau menjadi peneraju global utama dalam sektor luar pantai dan marin.

"Ini membantu menambahkan pelanggan kami yang sekali gus mengurangkan risiko penumpuan geografi kami, menempatkan kami di kedudukan kukuh untuk mengharungi sebarang situasi naik turun harga minyak," katanya.


Nam Cheong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain