Takaful Ikhlas Sasar 2,000 Usahawan Takaful Mega - Niaga | mStar

Takaful Ikhlas Sasar 2,000 Usahawan Takaful Mega

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Bhd, syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd, menyasarkan 2,000 peserta untuk Program Usahawan Takaful Mega bagi tahun kewangan 2014/2015.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar berkata, ini sebagai tambahan kepada 3,500 usahawan Takaful Keluarga sedia ada di Takaful Ikhlas.

Program yang dijalankan di tiga negeri bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada usahawan dalam mempromosi produk syarikat di bawah segmen Takaful Keluarga.

"Bagi yang berminat, program seterusnya akan dijalankan pada 29 November di Johor Baharu. Kami juga akan menganjurkan satu siri program di Selangor dan Kuala Lumpur dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan.

Program Usahawan Takaful Mega merupakan platform untuk menarik minat orang ramai menyertai Takaful Ikhlas sebagai usahawan ke arah mempromosi produk Takaful Keluarga.

Ab Latif berkata, program itu menawarkan peluang untuk menjana pendapatan lumayan selain membantu menyebarkan faedah dan kepentingan perlindungan takaful kepada umat Islam.

Tags / Kata Kunci: Takaful Ikhlas , MNRB Holdings Bhd
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan