Pelaburan, Dagangan Asing Penting Untuk Tingkat Taraf Hidup Rakyat Malaysia - Niaga | mStar

Pelaburan, Dagangan Asing Penting Untuk Tingkat Taraf Hidup Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 12:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaburan asing dan perdagangan antarabangsa masih merupakan elemen penting untuk meningkatkan taraf hidup di Malaysia, demikian menurut Oxford Business Group (OBG), firma perundingan, penyelidikan dan penerbitan global.


Walaupun ciri paling ketara ekonomi maju membabitkan sektor perkhidmatan bertumpukan pengguna, Malaysia terlebih dahulu perlu memberi tumpuan ke atas usaha untuk meningkatkan produktiviti industri berorientasikan eksport, kata OBG dalam 'The Report: Malaysia 2014.'

Laporan itu menyebut Malaysia dijangka meneruskan liberalisasikan secara berperingkat dan pada masa yang sama mengekalkan syarikat milik negara dan dasar Bumiputera.

Proses liberalisasi telah memperoleh momentum, dengan lebih banyak sinergi ditambah, katanya.

Malaysia, dengan bank yang mempunyai modal yang teguh dan pasran ekuiti korporat dan bon yang padu, juga berada pada kedudukan yang baik untuk memain peranan yang lebih besar dalam pembangunan di keseluruhan rantau ini, kata OBG.

Menurutnya proses penyepaduan blok Asean juga semakin mendapat momentum yang ketara.

Tahun depan akan menjadi satu lagi kejayaan bagi Malaysia dan Asean, apabila kumpulan 10 anggota itu menubuhkan Komuniti Ekonomi Asean, dan dipengerusikan Kuala Lumpur. 


Tags / Kata Kunci: OBG , taraf hidup , Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan