CEO Tune Terima Anugerah Kepimpinan Jenama - Niaga | mStar

CEO Tune Terima Anugerah Kepimpinan Jenama

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 4:26 PM

Peter Miller

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Tune Insurance Holdings Bhd (TIH) Peter Miller menerima Anugerah Kepimpinan Jenama semasa majlis Anugerah Global bagi Kecemerlangan Jenama yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

TIH, yang membolot Anugerah Brand Laureate Best Brands Blue Chip awal tahun ini, beroperasi di 16 pasaran dan menyediakan insurans perjalanan kepada rakan kongsinya di lebih 30 negara, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Miller dilantik sebagai CEO TIH, sebelum penyenaraian syarikat itu pada Oktober 2012, selepas berkhidmat selama dua tahun sebagai CEO Tune Money Sdn Bhd (TMSB), kata syarikat itu.

Pada 2011, beliau dilantik sebagai pengarah TIH dan memegang jawatan pengarah dalam Tune Insurance Labuan (TIL), Tune GenRe (TGR), Tune LifeRe (TLR) dan Tune Insurance Malaysia Bhd (TIMB).

Antara pencapaian utama yang diraih TIH di bawah pengurusan Miller sejak penyenaraian pada Februari 2013, termasuklah mencatatkan pertumbuhan 33 peratus dalam perniagaan dalam taliannya yang mengatasi purata industri pada 15 peratus.

Tags / Kata Kunci: Tune

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan