BNM: Rizab Malaysia Boleh Diguna, Tiada Halangan

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 1:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Butiran terperinci rizab antarabangsa Malaysia mengikut format 'Special Data Dissemination Standard' (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan sehingga akhir Jun 2014, ia kekal boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa format IMF SDDS itu memberikan maklumat mengenai anggaran terlebih dahulu saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain.

Ia juga menyatakan maklumat mengenai aliran keluar masuk pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Awal bulan ini, BNM melaporkan rizab antarabangsanya berjumlah US$131,86 bilion (US$1 = RM3.18) pada 30 Jun, 2014.

Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 9.0 bulan import tertangguh dan 1.3 kali hutang luar jangka pendek.

Selain aset rizab rasmi yang dilaporkan sebelum ini, bank pusat dalam butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS hari ini menyatakan bahawa aset-aset mata wang asing lain berjumlah US$4.82 bilion pada akhir Jun 2014.

Seperti yang ditunjukkan dalam pendedahan terperinci bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan berjumlah US$1.52 bilion disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan, terutamanya kematangan Sukuk Global 1Malaysia (US$1.25 bilion) pada Jun 2015.

BNM berkata selaras dengan amalan yang diguna pakai sejak April 2006, data itu tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak US$2,73 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Sementara itu, jumlah kedudukan hadapan panjang sebanyak USD300 juta pada akhir Jun 2014.

BNM berkata satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$227.8 juta.

Ia berkata rizab Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain.

Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit, kata kenyataan BNM itu.


Tags / Kata Kunci: BNM , IMF

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan