Bank Negara, Suruhanjaya Persaingan Meterai Kerjasama

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 7:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pada Khamis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), yang secara rasminya mengesahkan usaha sama dan kerjasama BNM dan MyCC dalam bidang pengawalseliaan bersama.

MoU itu bertujuan memudahkan pelaksanaan Akta Persaingan 2010 secara berkesan, dengan objektif menggalakkan dan melindungi proses persaingan, dan pada masa yang sama memastikan kestabilan sektor kewangan terpelihara secara menyeluruh, kata BNM dalam satu kenyataan.

"MoU ini memperjelas bidang usaha sama dan kerjasama antara BNM dengan Suruhanjaya itu.

"Ia menggariskan rangka kerja dalam rundingan dan penyelesaian isu berhubung rumusan dan cadangan terhadap pindaan undang-undang, garis panduan, peraturan dan instrumen lain yang dikeluarkan oleh BNM dan Suruhanjaya dalam bidang pengawalseliaan yang sama, seperti amalan perniagaan antipersaingan yang dilarang mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 serta Akta Persaingan 2010," katanya.

Bank Negara berkata, MoU itu juga memperinci dengan lebih jelas tindakan penyiasatan dan penguatkuasaan yang terpakai dalam bidang yang mempunyai penguatkuasaan yang sama.

Kedua-dua pihak akan saling memaklumkan satu sama lain sebarang pelanggaran diketahui dan akan berusaha mencapai persetujuan berkaitan tindakan yang akan diambil.

"Prinsip persaingan dan kesan terhadap kestabilan kewangan akan diambil kira ketika membuat keputusan mengenai tindakan wajar yang akan diambil," katanya.


Tags / Kata Kunci: BNM , MyCC , Akta Persaingan 2010

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan