Untung Sebelum Cukai Suku Pertama Public Bank Naik

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 3:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Public Bank Bhd (PBB) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2014, berkembang sebanyak 4.5 peratus kepada RM1.33 bilion berbanding RM1.26 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.Pendapatan meningkat kepada RM3.94 bilion daripada RM3.67 bilion sebelum ini.

Pengasas dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow berkata bank itu terus menunjukkan keteguhan dalam prestasinya, terutama operasi dalam negerinya yang mencatatkan pertumbuhan pinjaman tahunan yang sihat sebanyak 10.7 peratus dan pertumbuhan deposit tahunan sebanyak 14.2 peratus.

"Keadaan ini walaupun ekonomi tidak menentu yang berlarutan dan persekitaran operasi yang mencabar dengan permintaan dalam negeri keseluruhan dijangka menyederhana," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Teh berkata PBB terus mengekalkan kedudukannya selaku peneraju dalam pemberian pinjaman dalam negeri bagi gadai janji kediaman, pembiayaan hartanah komersil dan pembiayaan kenderaan penumpang dengan bahagian pasaran masing-masing sebanyak 19.6 peratus, 33.7 peratus dan 26.9 peratus.

Beliau berkata pemberian pinjaman kepada segmen perbankan runcit terus menjadi tumpuan utama bank dengan perluasan kredit terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana serta pembelian hartanah kediaman dan kenderaan penumpang.

Sehingga akhir Mac tahun ini, katanya portfolio pinjaman runcit bank itu secara kolektif adalah 86 peratus daripada keseluruhan jumlah pinjamannya.

Pemberian pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 25.2 peratus pada suku pertama tahun 2014, katanya.

Teh berkata kedudukan pendanaan dan mudah tunai bank itu terus menyokong aktiviti pemberian pinjamannya, disokong oleh francais deposit runcitnya yang kukuh dengan asas pendeposit dalam negeri yang besar, melebihi lima juta pelanggan.

Beliau berkata jumlah deposit pelanggan bank itu meningkat pada kadar tahunan sebanyak 12.8 peratus, dengan deposit pelanggan dalam negeri berkembang pada kadar kukuh sebanyak 14.2 peratus.

Teh berkata pendapatan bukan faedah bank meningkat sebanyak 7.5 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding suku tahun sebelumnya pada 2013, terutamanya dipacu oleh pendapatan daripada perniagaan unit amanah dan perkhidmatan perbankan urus niaga yang lebih tinggi.

Beliau berkata perniagaan pengurusan unit amanah PBB, menerusi subsidiari milik penuhnya, Public Mutual Berhad, mencatatkan prestasi dua digit yang kukuh pada suku pertama tahun ini dengan pertumbuhan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.1 peratus berbanding suku tahun sama pada 2013.

Bagi operasi luar negeri, beliau berkata operasi luar negeri bank itu menyumbang 6.9 peratus daripada keuntungan sebelum cukai keseluruhan PBB.

Beliau berkata Cambodian Public Bank Plc, subsidiari milik penuh PBB, mencatatkan pertumbuhan keuntungan sebelum cukai sebanyak 32.2 peratus kepada dolar AS$9.6 juta berbanding suku tahun sama pada 2013, walaupun persekitaran perniagaan yang mencabar dan ia kekal sebagai sebuah daripada tiga buah bank terbesar di Kemboja.

Mengenai unjuran prospek, Teh berkata strategi PBB tidak berubah dengan terus menumpukan pada kekuatan utamanya dalam perniagaan perbankan runcit dan pembiayaan, sambil mengekalkan dasar kredit berhemat dan memartabatkan tadbir urus korporat yang teguh.

"Dengan jangkaan ekonomi Malaysia akan terus mencapai pertumbuhan yang kukuh sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini, disokong oleh permintaan dalam negeri, walaupun pada kadar yang lebih sederhana, PBB dijangka mengekalkan momentum perolehan bagi tempoh seterusnya pada 2014," katanya.

Tags / Kata Kunci: Public Bank , Cambodian

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan