suria

Lelaki puji melangit wanita dulu-dulu, tak kecoh beranak ramai - “Perempuan moden anak baru 2 dah menggelupur”

Cabaran membesarkan anak pada zaman ini bukanlah tugasan yang mudah. -Gambar hiasan

PASTI rata-rata dalam kalangan kita biasa mendengar ungkapan 'kualiti berbanding kuantiti'.

Bagi sesetengah individu, mereka berpegang dengan prinsip untuk lebih mengutamakan kualiti di dalam kebanyakan perkara seperti lingkungan (circle) kenalan dan sebagainya.

Begitu juga dengan isu membabitkan perancangan keluarga yang mana boleh dikatakan hampir kebanyakan pasangan pada zaman ini memilih untuk menghadkan bilangan cahaya mata atas pelbagai faktor khususnya kekangan ekonomi.

Baru-baru ini, hangat perdebatan di media sosial susulan hantaran seorang individu yang membuat perbandingan mengenai keupayaan wanita moden dan terdahulu dalam bab membesarkan anak.

anak 1

Tidak dinafikan segelintir golongan ibu berdepan dengan depresi kerana pelbagai faktor. -Gambar hiasan

"Perempuan moden tak rasa tercabar ke dengan perempuan dulu-dulu yang beranak 13 orang?

"Perempuan moden anak baru dua dah menggelupur terjelir nak mati hampir depression.

"Bukan ke anda lebih hebat, empowered dan educated berbanding perempuan dulu-dulu?" demikian tulisnya dalam satu ciapan di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hampir depresi hadap anak tantrum, kalau marah ibu tarik muka... Suami tak boleh harap asyik nak bagi YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit bersalin rasa berbaloi kalau dapat suami baik, boleh elak rasa stres... Wanita nasihat jaga mental demi tumbesaran anak

Menurut individu berkenaan, wanita zaman dahulu lebih kental dalam membesarkan zuriat biarpun berdepan dengan cabaran lebih hebat antaranya tidak mempunyai latar pendidikan yang bagus, tidak berkerjaya, hidup dalam serba kekurangan dan sebagainya.

"Sepatutnya perempuan moden ni tercabar dengan perempuan dulu-dulu yang legendary membesarkan anak-anak ramai. Jadikan contoh dan inspirasi," tulisnya lagi.

Perempuan moden sekarang kena kerja sebab laki tak bagi duit dapur... macam mana nak beranak banyak?

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan kecaman kerana tidak bersetuju dengan pandangan individu berkenaan.

Ini kerana menurut mereka, tidak adil untuk membuat perbandingan dengan wanita pada zaman dahulu hanya kerana wanita moden memilih untuk menghadkan bilangan zuriat.

Malah, ada antara netizen yang berkongsi situasi membabitkan ahli keluarga serta kenalan mereka yang dikurniakan ramai cahaya mata.

komen anak

Rata-rata warga maya mengecam pandangan individu berkenaan.

"Atok nenek aku anak 15 orang. Ayah aku anak sulung menyara adik-adik. Pakcik aku banyak jadi penagih dadah. Tahu minta duit je kat ayah aku. Sebab tu la takda 'hitam putih' mana lagi bagus untuk benda macam ni.

"Jujurnya mereka menderita dalam diam. Mak kawan saya ada anak 11. Masa anak dia dah dewasa semua, dia cerita time anak dia kecil, dia memang tak rasa nak senyum, bergurau dan sebagainya. Dia pun tak suruh anak dia beranak ramai-ramai.

"Tak kisahlah anak banyak atau sikit. Yang penting perempuan tu dah betul-betul ready dan well prepared untuk nak ada anak.

"Amboi mulut. Dah perempuan moden sekarang kena kerja sebab laki tak bagi duit dapur... macam mana nak beranak banyak?" demikian kecam netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain