suria

Pemandu bas sekolah jadi perhatian turunkan murid seorang demi seorang, periksa setiap seat - “Puas hati bayar mahal pun”

Lelaki ini dipuji selepas dilihat menurunkan setiap penumpangnya.

PERKHIDMATAN van atau bas sekolah, pengasuh merupakan antara keperluan utama untuk ibu bapa pada masa kini.

Meskipun ramai menganggap kerja tersebut sebagai mudah, namun hakikatnya mereka yang terlibat mempunyai tanggungjawab yang besar.

Dalam satu video tular, seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan mengambil dan menghantar murid sekolah dilihat menurunkan setiap penumpangnya.

Perkhidmatan bas sekolah merupakan keperluan pada masa ini. -Gambar hiasan

Perkhidmatan bas sekolah merupakan keperluan pada masa ini. -Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, dia yang menyedari berlaku beberapa insiden membabitkan kecuaian penyedia perkhidmatan bas turut memeriksa ruang penumpang di bahagian belakang bagi memastikan setiap murid diturunkan serta masuk ke perkarangan sekolah dengan selamat.

Tindakannya itu bukan sahaja mendapat pujian warga maya, malah dia juga disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab serta tidak mementingkan keuntungan semata-mata.

Malah kapsyen pada video yang dikongsikan itu turut menyatakan rakaman berkenaan dibuat selepas perjalanan kedua membawa murid sekolah dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Asbab keluar rumah nak dengar azan Maghrib, lelaki selamatkan murid terperangkap dalam bas sekolah - “Mukanya penat, pucat”

ARTIKEL BERKAITAN: Van tak tutup pintu, anak jatuh sebelum digilis! Ibu meraung tengok CCTV, si kecil menderita pecah saluran pundi kencing

"Apabila kau buat kerja dengan ikhlas, orang lain tengok pun tumpang rasa syukur... terbaik tuan!

"Second trip dah ni. First trip tadi pun dia turunkan anak-anak, seorang-seorang," coret pemilik video.

Tingkah laku lelaki tersebut membuatkan video yang memaparkan dirinya menurunkan penumpang tular di media sosial sehingga mendapat perhatian warga maya.

Puas hati bayar mahal pun. Ni aku selalu nampak budak-budak turun sendiri.

WARGA MAYA

Turut sama berkongsikan klip tersebut adalah pelayar X yang menganggap dia gembira dengan kerja yang dilakukan.

"Apabila kau happy dengan kerja yang kau buat, orang lain yang tengok pun happy cara layanan abang.

"Terima kasih sebab jaga adik-adik ni dengan baik," ujarnya.

Warga maya turut memuji tindakan lelaki terbabit.

Warga maya turut memuji tindakan lelaki terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya bukan sahaja memuji lelaki tersebut tetapi menyatakan dia wajar dibayar lebih kerana sikap baik dan tanggungjawab yang ditonjolkan.

"Puas hati bayar mahal pun. Ni aku selalu nampak budak-budak turun sendiri.

"Ini memang harus dipuji brother ni. Dia mempunyai sivik kewarganegaraan, aku pun selalu buat macam ni juga.

"Bagusnya, mesti dia akan pastikan semua budak selamat masuk ke dalam sekolah. Bagus sebab keselamatan budak-budak terjamin.

"Selalu kita nampak mereka ni kerja mudah je kan? Tapi sebenarnya, ada tanggungjawab besar untuk dipikul untuk memastikan anak-anak selamat di bawah jagaan mereka," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain