suria

Grup pelancong dikuarantin dicop ‘kluster jengkel’, betul ke rakyat Malaysia baru balik overseas banyak songeh? - “Rindu geng tabligh...”

Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu dikaurantin selama 14 hari. Gambar hiasan/Foto Bernama

HANGAT diperkatakan sebelum ini mengenai penularan wabak Covid-19 di negara ini yang meningkat secara mendadak disebabkan oleh perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

Digelar sebagai kluster perhimpunan tabligh, kira-kira 16,000 jemaah program Ijtimak Tabligh termasuk 14,500 dipercayai rakyat Malaysia menerima kencaman hebat kononnya menjadi penyebar virus yang membawa maut itu.

Bagaimanapun, seorang doktor yang berdepan dengan pesakit-pesakit Covid-19 terutama dalam kalangan peserta tabligh menepis tanggapan buruk itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurse menitik air mata! Dedah keadaan mengejutkan di wad pesakit tabligh, tersentak dengar soalan mereka - “Tahu tak dalam tu semua ilmu agama tinggi”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perbezaan ikut darjat! Kerajaan tanggung RM150 sehari bagi setiap individu selama 14 hari dikuarantin di hotel

Berkongsi mengenai kisah merawat pesakit jemaah tabligh, Dr Mohd Afiq berkata, golongan tersebut begitu disenangi dan merendah diri serta memberikan kerjasama.

Sekumpulan pesakit Covid-19 solat berjemaah dalam tempoh menjalani rawatan. Gambar hiasan/Foto Twitter

“Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Mereka ini semua sangat mudah memberikan kerjasama. 

“Seronok terasa merawat mereka walaupun berpeluh-peluh dek PPE (peralatan perlindungan diri). Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.

“Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad dan bacaan al-Quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka,” katanya menerusi posting di halaman Facebook miliknya pada Rabu, sehinga dikongsi lebih 17,000 kali.

Dr Mohd Afiq bagaimanapun mengakui tidak bersetuju dengan kumpulan pesakit itu yang dilabelkan sebagai kluster tabligh disebabkan segelintir peserta perhimpunan berkenaan.

“Walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka dicop sebagai kluster tabligh dek kerana seorang dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.

“Tapi disebabkan zikir yang disebut semua maka nak buat macam mana,” ujarnya.

Perkongsian seorang rakyat Malaysia yang dikuarantin di sebuah hotel. Foto Twitter

Beliau kemudian memberi pandangan mengenai kluster baharu susulan gelombang kedua Covid-19 melanda di negara ini, melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Menurut Dr Mohd Afiq, kumpulan tersebut dipanggil kluster luar negara atau overseas, sambil menambah beliau mempunyai gelaran buat segelintir individu yang tiba di tanah air kerana sikap mereka yang menjengkelkan.

“Saya panggil kluster jengkel. Bas kini datang dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit Covid-19.

“Padahal masa mereka pergi melancong, tanpa segan silu papar gambar mereka melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dan sebagainya. 

“Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat Covid-19 itu,” katanya.

Foto cabaran kuarantin 14 hari di sebuah hotel.

Beliau turut menyuarakan rasa kesal kerana terdapat segelintir kumpulan berkenaan mempunyai sikap memilih tanpa bersyukur dengan apa yang disediakan oleh kerajaan.

“Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, mereka ni demand tak nak pergi sebab panaslah, tidak selesa dan macam-macam lagi.

“Tu tak termasuk yang persoal kenapa nak amik darahlah, kenapa tak ambil swab (pengambilan sampel air liur dari mulut) awallah dan bila kita masuk untuk periksa mereka masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je,” katanya.

Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, mereka ni demand tak nak pergi sebab panaslah, tidak selesa dan macam-macam lagi

DR MOHD AFIQ

Dr Mohd Afiq bagaimanapun menegaskan bukan semua yang pulang dari luar negara mempunyai sikap dan mentaliti sebegitu, terutama mereka yang berada di luar negara disebabkan urusan yang tidak dapat dielakkan seperti belajar.

“Tetapi setakat ini yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan. Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawa ke atasan, dikuarantin pun di hotel-hotel.

“Nak buat macam mana, kena hadap jugalah untuk berapa bulan yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko.

“Mereka ni pula datang dan tambah masa kita berjauhan. Selamatlah bekerja semua... rindu geng tabligh,” katanya.

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

Pada Isnin, tular di media sosial apabila terdapat individu berkongsi foto-foto pusat kuarantin di sebuah hotel yang kelihatan mewah dan cukup selesa.

Ia menimbulkan perdebatan di media sosial sehingga wujud perbandingan dengan pusat kuarantin biasa di lokasi lain.

Jika sebelum ini semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari.

Namun,  bermula 3 April, semua penumpang yang masuk ke dalam negara sama ada menerusi jalan darat, udara mahupun laut akan menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin yang disediakan kerajaan, termasuk hotel-hotel yang diwartakan sebagai pusat kuarantin.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kluster, jengkel, oversea, tabligh, melancong

Artikel Lain